Garam Buluh Hai-O

Kita memerlukan garam untuk terus hidup.
Garam memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kekurangan garam dalam darah boleh menyebabkan maut. Namun garam atau nama saintifiknya Natrium Klorida cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk mengekalkan fungsi tubuh badan.
Di hospital, doktor akan menyuntik air larutan garam kedalam tubuh pesakit untuk menstabilkan tekanan darah dan fungsi-fungsi organ pesakit untuk menyelamatkan nyawa. Air larutan garam juga digunakan untuk mencuci luka dan membasmi kuman.
Garam komersil dihasilkan secara kimia dan menjejaskan kesihatan.
Garam yang dimakan oleh nenek moyang kita suatu masa dahulu adalah berbeza dengan garam yang dapati di pasaraya atau kedai runcit. Dahulu, garam dihasilkan secara semulajadi dengan membiarkan air laut yang bersih tersejat di bawah panas matahari. Garam yang diperolehi ini mengandungi pelbagai mineral lain selain Natrium Klorida.
Manakala garam zaman sekarang dihasilkan secara elektrolisis yang menyingkirkan semua kotoran dan bendasing, termasuklah mineral berkhasiat. Tinggal hanyalah Natrium Klorida (99.8%) dan klorin. Inilah garam komersil yang dihasilkan dengan banyak, cepat dan murah. Maka, tidak hairanlah ia dikenali sebagai garam bernatrium tinggi yang tidak sihat.
Garam tersebut merupakan pembunuh tersembunyi di dalam makanan anda! Pengambilan garam bernatrium tinggi ini secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, strok, serangan jantung serta kerosakan buah pinggang. Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan jumlah maksima pengambilan garam bernatrium tinggi adalah 2400mg sehari untuk mengelak daripada dihinggapi penyakit tersebut.
Memperkenalkan Garam Buluh Hai-O sebagai makanan kesihatan alaf baru.
Garam Buluh Hai-O adalah alternatif kepada garam bernatrium tinggi yang berbahaya. Sejarah garam buluh bermula sekitar 1300 tahun dahulu di negara Korea. Masyarakat Korea pada zaman dahulu telah menggunakan garam buluh sebagai makanan makanan kesihatan, ramuan perubatan dan untuk mengekalkan awet muda.
Garam Buluh Hai-O diimpot sepenuhnya melalui syarikat pengekspot nombor satu Korea iaitu Kaeam Co. Ltd. untuk dipasarkan di Malaysia. Syarikat Kaeam Co. Ltd. adalah satu-satunya syarikat pengekspot yang diiktiraf oleh negara Korea. Oleh sebab itu, Garam Buluh Hai-O dijamin ketulenannya serta berkualiti tinggi.
Kini anda boleh mendapat manfaat garam buluh melalui produk-produk berasaskan Garam Buluh Hai-O. Siri produk Marine Essence adalah produk kecantikan dan kesihatan luaran berasaskan Garam Buluh Hai-O manakala Garam Buluh Hai-O sendiri terbahagi kepada dua jenis produk iaitu:
1- Minuman Premium Garam Buluh Hai-O (Hai-O Bamboo Salt Premier Drink)
2- Garam Masakan Premium Garam Buluh (Hai-O Bamboo Salt Cooking Salt)
Perbandingan antara Garam Buluh Hai-O dengan garam bernatrium tinggi biasa:
Garam Buluh Hai-O mempunyai 4 keistimewaan utama berbanding garam putih biasa iaitu:
- Kaya dengan unsur surih dan bahan-bahan mineral
- Gabungan sempurna bahan mineral yang lengkap dan semulajadi dapat dibekalkan ke seluruh badan dengan lebih berkesan.
- Beralkali tinggi
- Dapat mengekal dan memulihkan pH badan yang seimbang.
- Anti-pengoksidaan
- Meningkatkan kandungan oksigen dalam badan, mencegah serangan radikal bebas dalam badan, membaiki sel-sel badan yang rosak dan memulih fungsi organ dalaman.
- Detoksifikasi
- Mempunyai fungsi detoksifikasi yang semulajadi dan dapat menyingkirkan toksin yang terkumpul dalam badan dengan berkesan.
GARAM BULUHPremier Drink
Garam Buluh Hai-O ini dihasilkan di Korea diperbuat daripada 100% garam organik. Garam yang diambil daripada laut yang kaya dengan mineral berdekatan pulau-pulau Pantai Barat Korea melaui proses yang amat rumit sebelum sedia dimakan.
GARAM BULUH
Premier Cooking Salt
Garam Buluh ini sangat sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi ataupun sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan kerana mengandungi kandungan natrium yang rendah.
KEGUNAAN & KEBAIKAN GARAM BULUH
- Membuang toksin dalam badan
- Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengurangkan penyakit ekzema dan alahan
- Membantu mengatasi masalah sembelit
- Sebagai skrub wajah untuk membuang sel-sel mati dan menyerikan wajah
- Sebagai antiseptik untuk mencuci luka dan kudis
- Membersih serta melembutkan kulit kaki bila direndam
- dan banyak lagi…